Wednesday, July 31, 2013

TANGGUNG JAWAB PADA HARTA

GUNAKAN HARTA DI JALAN ALLAH

Jadi jadi jadinya, sementara cuti nak dafrat masuk university bulan 9 nanti, aku kerja sementara dekat koperasi sekolah abah aku. Abah aku mengajar kat SMA Maahad Al-Mizan. Sekolah tu dekat je dengan rumah aku. Dekat tu maksudnya dekat sangat, depan rumah je. Abah orang besar la kat sekolah tu, sebab abah penolong kanan pentadbiran kat situ. Jadi aku dihormatilah jugak kat sekolah tu. Haha.


NI LAH SEKOLAH TU


Okay-okay, berbalik pada apa yang aku nak cerita ni. Semalam ada seorang budak lelaki yang comel, tembam, mungkin tingkatan satu. Dia datang masa tak ada orang dan dia beli dua sarung lengan ataupun aku selalu panggil ‘curve’. Aku rasa pelik la kan, lelaki beli benda tu. Jadi jadi jadinya aku tanyalah dia,

Aku : “Eh, kenapa adik beli ni?”

Adik : “Beli untuk kakak. Kan nak balik raya sikit lagi.”

Aku : “Oh, baiknya adik.”

Bagus betul adik ni, dia gunakan duit yang mak ayah dia bagi untuk kebaikan kakak-kakak dia. Beruntung kakak dia dapat adik macam dia ni.

Bila aku balik rumah, aku teringat masa kat sekolah dulu. Ustaz pernah cakap, setiap duit yang kita ada, mesti digunakan dijalan kebaikan.

Ertinya setiap sen yang kita ada akan diperhitungkan di akhirat kelak. Teringat satu hadis yang belajar masa tingkatan 5, maksudnya;

”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya
(Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ni cerita bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Jadi jadi jadinya, bila kita nak berbelanja tu ingatlah bahawa setiap sen yang dibelenjakan akan diperhitung oleh Allah.
Gunakanlah duit yang kita ada untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Seperti beli tudung untuk menutup aurat dan sebagainya.

Antara kesalahan remaja masa kini, menggunakan kredit telefon ntuk bermesej dengan lelaki atau perempuan ajnabi yang mana boleh membawa kepada zina (kecualilah untuk perkara-perkara penting). Setiap sen dari mesej itu akan masuk ke tabung dosa kita nanti. Salah satu dosa yang kita tak sedar.

Janganlah kita buat perkara yang boleh membawa kita kepada neraka. Itujelah yang aku nak share.


Semoga kita boleh mencapai syurga bersama nanti.

No comments:

Post a Comment