KAWAN - RAKAN - TEMAN
Semuanya mempunyai maksud yang sama. Tapi sahabat adalah suatu yang berbeza. Zaman Rasulullah sahabat bererti orang-orang beriman yang pernah berjumpa dengan Rasulullah saw. Sebab tulah sahabat amat istimewa. Persahabatan Rasulullah dengan Abu Bakar adalah contoh paling baik untuk kita. Apabila bersahabat kerana Allah dan persahabatan itu diikat dengan keimanan kepada Allah, segalanya akan menjadi sempurna. macam yang Hilal Asyrat selalu cakap dalam novel Sinergi, 1+1=3.. Sebab apa? Sebab keimanan kepada Allah.
Dalam satu hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang bermaksud, 'Sahabat yang baik dan sahabat yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. bagaimanapun, peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.'
Macam Upin Ipin dan kawan-kawannya..
Suka tengok diorang ni..... Bersahabat, belajar, bermain semua sama-sama.
Agak mustahil seseorang itu boleh hidup seronok tanpa ada sahabat disisi.
Jadi jadi jadinya.....saya pun ada sahabat-sahabat yang sangat saya sayang......Post kali ni, saya nak cerita pasal sahabat dari sekolah menengah, then sama-sama sambung ke Kolej Matrikulasi Gopeng Perak...sesi 2012/2013..
Okay, saya bagitaw nama sorang2...dari kiri ye...
Nama dia Nur Adilah Binti Mazlam..dila ni suka bahasa nama dia 'dila'..baik, lemah lembut...tp kadang-kadang garang jugak...dila ni sempoi je..mak ayah dia selalu datang melawat, then bawak donut makan sama-sama..hee :)
Next, Nur Assyafa Binti Mohd Aini.. panggil budak vouge..sebab apa? sebab syafa memang suka vouge2 ni... Syafa ni lagi lah lembut..paling lembut la ...tapi lembut-lembut dia ni, ganas taw...sementara cuti nak masuk universiti, Syafa jadi Ustazah kat sekolah agama..anak-anak murid dia kata dia ni garang gila... Honestly, saya pun tak dapat bayang dia ni garang...hehe
Sebelahnya tu, yang pakai baju putih tudung pink tu, nama dia Nurhafiza Binti Ahmad..panggil biasa la, fiza..saya ni paling rapat dengan dia la..first kenal dia masa form 4, dia baru masuk...masa form 4, satu dorm, masa form 5, satu kelas...kat matrik pulak, dapat bilik sebelah2...memang pegi mana2 dengan dia ja....tapi, dia ni sensitif sikit....so, kena baik2 sikit..nanti merajuk...hehe..tapi xpe..dia baik...dan cool....ramai orang cakap muka saya dengan si fiza ni sama...haha..yeke??
Yang ni memang saya tak sabar nak cerita...hehe. Sebab apa? Sebabnya, itulah saya...hihi...Nama saya Ainul Rusyda Binti Ahmad Zuhairi...haha..tak payah la cerita pasal diri sendiri kan...hii
Kita terus kepada yang terakhir.....yang comel hujung tu....Nama dia Nur Ismaliza Binti Ismail..panggil isma...tapi family dia panggil anno..sebab apa? saya pun tak tahu lah... dia ni sopan santun, cakap memang lembut habis la...isma ni manja..sebabnya dia anak perempuan yang bongsu... memang lah manja kan...hmm, sebab tulah kot dia ni selalu sweet je...haha..
Ada lagi sorang yang takde dalam gambar..sebab masa kitaorang tangkap gambar ni dia takde..nama dia Atihtah Binti Ulul Azmin..panggil tirah UA..em, tirah adalah yang paling aktif dalam dakwah...dia memang orang yang usaha kuat untuk Islam.. saya pun kena ikut dia patutnya..tirah ni dia manis orangnya..suka sangat bila dia senyum...tp paling suka bila dia bagi nasihat...hmm, rindu sahabat-sahabat..
Sejujurnya, saya tak boleh hidup kalau tak de sahabat... saya sangat beruntung bila dapat sahabat-sahabat yang baik macam diaorang semua ni... hope ukhwah kami berkekalan sampai bila...
No comments:
Post a Comment