Tuesday, July 30, 2013

MALAM AL-QADR

JOM KEJAR 1000 BULAN !!

Dua hari lepas, aku terima mesej dari abang aku tersayang melalui whatsapp. Abang aku ni belajar kat Jordan. Dah setahun dia tak balik. Rindu. Tapi nak buat macam mana kan? Mesej abang aku tu berbunyi,

}Salam.
Manfaatkan sepuluh malam akhir ramadhan dgn sebaiknya, kita tak tahu mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Jom kejar lailatul qadr. Banyakkan baca al-quran, zikir dan tafakur kpd Allah. Cuba bangun awal setiap malam utk qiamullail, besar pahalanya. Tinggalkan perkara yg tidak bermanfaat. Manfaatkan malam yang panjang di Malaysia sana, di sini malam pendek. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pemangkin utk kita bertaqwa.

Ikhlas dari Jordan, Rusydi~



Jadi jadi jadinya, kali ini aku nak share sikit pasal malam lailatul qadr. Menurut Wikipedia, lailatul qadr adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Quran diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan (lebih kurang 83 tahun). Untungkan? Beribadat satu malam seolah-olah beribadat 83 tahun. Berkenaan ayat al-Quran turun  pada malam al-qadr bukan bermaksud nuzul al-Quran pada 17 Ramadhan tu. Penurunan al-Quran kan ada tiga peringkat. Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) tu adalah peringkat yang terakhir. Penurunan ayat al-Quran yang dimaksudkan adalah peringkat yang pertama dan kedua.

Berbalik pada malam al-qadr ini. Ia dicatatkan dalam al-Quran dalam satu surah pendek yang diberi nama surah al-Qadr.

Maksudnya,
} Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada  malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izinTuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikutnya). Sejahtealah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. ~

Persoalannya, bila pula malam yang berkat ini?

Ulama-ulama pernah membahaskan perkara ini. Antara pandangan berkenaannya..
1.         Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
2.         Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

Namun kesahihannya hanya Allah dan Rasul yang tahu. Apa yang penting kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mendapatkan malam lailatul qadr ini.



Macam mana pula kita nak usaha untuk dapatkan malam ini?

Haa, pertama solat jemaah Maghrib dan Isya’ sepanjang bulan Ramadhan. In Shaa Allah kita dapat bertemu malam al-qadr.

Kedua, bila nak tidur, tidur dengan azam yang kuat untuk bangun awal  untuk qiamullail dan solat Subuh berjamaah.

Ketiga, jangan tinggal terawih. Solat terawih adalah termasuk solat malam kerana ia didirikan selepas solat Isya’. Jadi orang yang mendirikan solat terawih dikira solat sunat pada malam lailatul qadr.


Semoga apa yang aku tulis ni beri manfaat kat siapa-siapa yang baca. J

No comments:

Post a Comment